31 August 2010

Masalah Kedai Mamak aka Mapley

Salam semua...

Post kali ini aku nak rehat sikit daripada menceritakan pasal aku atau masalah gf aku bagi kat aku macam post2 yang lepas. Tapi aku nak kongsi sikit dengan korang semua pasal masalah realiti yang korang semua amik ringan jek selama ni. Masalah yang aku maksudkan itu adalah masalah kedai mamak aka mapley di negara kita ni...

Aku xde la suka sangat makan atau lepak2 kat mapley ni. Sebabnye aku ni malas nak makan kat luar. Makanan yang dijual kat cafe2 area hostel aku ni pun dah cukup setakat nak buat aku kenyang.. Tambahan pula aku pun bukan jenis yang layan bola. Bukannye tak minat.. Aku follow up jugak news2 pasal bola ni.. Nak taw jugak kelab bola mana tengah power skrang ni, btol tak?? haha.. Jadi memang sah2 muka aku ni jarang ade kat mapley ni (sebab tu susah aku nak dapat diskaun). 

Korang semua yang selalu lepak kat kedai mamak aka mapley ni tak heran ke kenapa kedai diorang ni maju giler sedangkan banyak kedai2 melayu yang bungkus?? Memang la ade kelebihan diorang contohnya servis diorang baik, cepat, murah, ade skrin besar untuk tengok bola, dan lain2 lagi la.. Tapi bersih ke persekitaran dan service diorang?? Betol ke sedap?? Atau sedap ade makna?? Ha, yang ni aku tak taw. Korang siasat la sendiri.. haha.. 

Masalah yang aku nak citer kat korang ni bukannya masalah baru. Banyak isu2 ni timbul dalam 3 atau 4 taun yang lepas atau mungkin lebih lama lagi.. Jadi aku ingin nak kumpulkan isu2 yang hot2 pernah berlaku di kedai mamak ni untuk dikongsi dengan korang semua.. Mungkin isu2 ini dah lapuk ataupun kedai mamak tu dah pun berubah menjadi lebih baik. Itu tak menjadi masalah, asalkan maklumat yang aku nak kongsi ni menjadi ingatan kepada korang semua untuk lebih berjaga2 di masa yang akan datang.. Lagipun kita pergi kedai mamak tu untuk makan bukannya untuk bermain. Bila makan eloklah mencari makanan yang yakin halal sumber dan cara buatannya.. 

Di sini aku dah buat beberapa search kat google cari pasal masalah2 kat kedai mamak ni. Jadi, aku listkan masalah dan komen2 daripada orang yang berjaya menyelongkar kisah sebenar di sebalik kemajuan kedai mamak (aku harap list aku ni tak berkaitan dengan siapa2 dan aku just nak kongsi untuk pengetahuan umum).. Harap maklum.. :)
-------------------------------------------------------------------------------------




Masalah 1:
Ini satu lagi kisah benar pasal mamak ni. Ianya berlaku di PRESINT 9, PUTRAJAYA dekat Avon. Seorang makcik ni lalu belakang kedai mamak ni. Dia nampak mamak ni na la punye tengah menguli tepung. Kalau uli dengan tangan takpe jugak. 

Ini dia uli dengan KAKI!!.Eeee uwekkks. Kedai mamak kat situ ada 2. Satu pekerja2 dia pakai apron merah, satu kedai lagi apron putih. Yang makcik tu nampak ialah di kedai pekerja2 yang pakai apron putih.

Secara keseluruhannya bolehlah dikatakan kebanyakan mamak ni pengotor. So sendiri mahu ingatlah ye. Seelok-eloknya elaklah makan di kedai yang diragui kehalalannya. Banyak lagi kedai melayu. Kedai melayu pun ada jugak jual roti canai dan teh tarik.
-------------------------------------------------------------------------------------

Masalah 2:
Untuk pengetahuan semua, beberapa bulan yang lalu saya juga terperasan ketika tengah makan di salah satu kedai MAMAK depan apartment tempat saya tinggal di PUTRA PERDANA PUCHONG.. Saya ternampak salah sorang pekerja dalam kedai mamak buat kerja2 kat dapur dan tiba2 keluar dukung anak ANJING lepas kat luar kedai then masuk ke dapur balik. 

Terus saya berhenti makan dan tanya pekerja tu.. You ISLAM? Dengan takut2 dia jawab saya hindu tapi BOSS saya ISLAM. Saya suruh dia panggil BOSS dia and BOSS dia datang minta maaf. Saya cakap "maaf kepala hotak you!!!" 

Saya tanya dia "you ISLAM???" Dia jawab ya! Saya bayar dan terus blah. Sejak hari tu aku dah tak jejak lagi ke kedai MAMAK! Yang aku marah sangat kat kedai tu ada frame Ayat Qursi + ALLAH & MUHAMMAD besar-besar. . 

Baru aku perasan tak semua MAMAK tu ISLAM, RAMAI PEKERJA HINDU dan tak semestinya ada Ayat Qursi + ALLAH & MUHAMMAD besar -besar tu HALAL .. dan RAMAI yang ISLAM selamber je makan... So yang tak perasan lagi berhati2 !!!... 
-------------------------------------------------------------------------------------

Masalah 3:
Restoran Mamak DI ALOR SETAR. Di suatu ketika dahulu..... kami ada membuat satu program di salah satu hotel di tengah bandaraya Alor Star. Kami menjemput seorang ustaz dari Majlis Agama untuk membacakan do'a pembuka tirai. 

Kebetulan ustaz itu diberikan kerusi sebelah dengan saya dan kami pun berbual2. Ustaz itu meminta saya menyampaikan kepada kawan2 muslim dan muslimat akan satu perkara yang menghantui hati dan perasaannya, iaitu pihak Majlis Agama telah menjalankan siasatan dan serbuan dan mendapati bahawa SEMUA KEDAI2 MAMAK DI ALOR STAR DAN SEKITARNYA ADALAH 'CONFIRM' HARAM DIMAKAN kerana TAUKE2 CINA ADALAH PEMBEKAL AYAM kepada restoran2 mamak tersebut!

Terkejut! Saya bertanyakan kepada ustaz itu...mengapakah perkara ini, dgn kuasa yang ada pada Majlis Agama, tidak disebarkan kepada umum? Jawapan ustaz ...... mamak2 tu telah mengikat kontrak bekalan ayam dengan tauke2 cina dan sekiranya Majlis Agama membuat 

tindakan drastik dan kontrak bekal ayam terjejas maka tauke2 akan saman mamak2 dan mamak2 pula akan saman Majlis Agama....." 

Permintaan ustaz, "Tolonglah anta sebarkan kepada kawan2! Itu sahaja yang ana mampu"
-------------------------------------------------------------------------------------

Masalah 4:
RESTORAN INSAF,JLN TUANKU ABD RAHMAN
-Kisah Benar-Nasi Beriani-

Assalamualaikum. Last week kawan saye gi makan kat RESTORAN INSAF kat Jln TAR.. Lepas makan tu, dia nak gi basuh tangan kat belakang kedai. Lepas selesai membasuh & menyabun tangan yang bau kari tu....dia gi kat tempat lauk untuk tapau sebungkus nasi beriani lagi untuk member.

Nak dijadikan citer......kawan saya ni ternampak bekas nasi beriani yang digunakan disaluti dengan SPENDER LELAKI CAP BUAYA BERWARNA PUTIH.. TANG GETAH SPENDER DIIKAT NGAN GETAH...apa lagi........ dia terus mintak cancel dan bayar nasik yangtelah ditelan tadi........ sampai kat opis.... dia terus muntahkan nasik tadi dan sebarkan kat kengkawan lain yang tak pergi......
-------------------------------------------------------------------------------------

Masalah 5:
Satu lagi sesiapa yang suka makan makanan mamak, AWASLAH! BUKAN SEMUA MAMAK TU ISLAM!! Jangan asal nampak macam mamak jer terus pergi makan. Contoh paling jelas, sesiapa yang selalu ke Wisma Central, ada satu stall bawah accelator/tangga, dekat2 dengan kedai2 handphone tu...

Tengok satu stall namanya "BK CORNER" (mungkin Bala Krisnen Corner!!). Kalau terlalu lapar dan tengok sekali imbas nampak OK! Yang kerja kat situ ada dua orang pompuan Indon! TAPI CUBA TELITI SIKIT...!

Tengok pada dua orang India/Mamak tu... tengok kat tangannya ada ikat benang kuning??!! Dan kalau datang awal2 pagi 7.00-7.30 , mereka akan pakai 'calit sarjan' kat dahi...??? MAMAK ISLAM KE TU??
-------------------------------------------------------------------------------------

Masalah 6:
Lagi 1 sesiapa yang selalu ke pasarPUDU, ada satu stall katbelakang stesen minyak ESSO .

Kat situ ramai kita tengok orang Melayu singgah makan roti canai! Buta ke mereka?? Cuba perati. Sah-sah pompuan India tu pakai benang merah kat lengan dan kekadang dia laki-bini pakai 'calit-sarjan kat dahi'!!

Kenapa tak mau susah sikit, cross jln. Kenapa makan makanan yang was-was macam tu???

Wallahuaklam. . BANYAK lagi kisah yg saya telah dengar dari kekawan.
-------------------------------------------------------------------------------------

Masalah 7:
Restoran mamak SHAH JAHAN MAJUdi SETIA WANGSA .Kawan kpd kawan saya telah terjumpa benda yg berketul di dalam kuah roti canai. Pada mulanya dia sangkakan ianya biji asam jawa tetapi setelah diamati betul2 rupa-rupanya adalah NAJIS yg beku (mungkin kepala taik kerana ianya keras sedikit). 

Tuan restoran tersebut mahu menutup mulut kawan saya dgn memberi RM2000.00. Mungkin pekerja restoran tak tahu dan telah mencedok di peringkat paling bawah dlm periuk kuah dal atau kari. Sekarang restoran ini tak berapa maju jika dibandingkan dgn sebelumnya. Hanya org yg tak tahu sahaja yg terus makan di restoran tersebut.

Ini semua adalah manderam ataupun sihir dgn tujuan utk melariskan makanan mereka walaupun pada hakikatnya tidak sesedap jika dibandingkan dgn tempat lain. Makanan yg bersih jika dicampurkan dgn bahan kotor akan menjadi kotor secara automatik
-------------------------------------------------------------------------------------

Masalah 8:
Korang pernah tak pergi kedai mamak yang popular dekat Wangsa Maju, Kuala Lumpur. aku taknak mention nama kedai ini. tapi kedai ini ada 2 buah dekat Wangsa Maju tu. dekat bahagian atas dan bahagian bawah. aku last week baru je aku pergi kedai mamak ni masa tonton bola Germany vs Argentina. kedai mamak dekat bahagian atas ni memang selalu ramai orang la. sampai ke tepi-tepi jalan orang park kereta. korang boleh agak tak kedai mamak apa yang aku maksudkan? korang nak tau tak pelaris apa yang diorang gunakan? if korang tau la, konfirm lepas ni korang tak akan ke kedai mamak lagi *ramai yang before ni cakap dengan aku, kedai mamak tu pengotor!*

Yup!! kedai mamak yang berkenaan memasukan najis manusia yang cair ke dalam kuah-kuah yang digunakan untuk kedai tersebut. kawan member aku ini after dia keluar toilet dia nampak najis-najis tu di dalam satu bekas yang dah ready untuk dimasukan ke dalam masakkan diorang. bila kawan member aku ini nampak jek kegiatan cilaka diorang tu, terus owner dia datang nak kasi duit untuk kawan member aku ini tutup mulut. cilaka punya mamak! *maaf, entry ini agak meloyakan. aku just menegakkan keadilan!*. lepas ini korang ada rasa nak makan kedai mamak lagi tak? korang pernah lalui benda-benda macam ini tak?
-------------------------------------------------------------------------------------

Masalah 9:
DI LEBUH AMPANG KL, ada sebuah restoran mamak yg baru dibuka iaitu RESTORAN MAJU CURRY HOUSE IAITU rangkaian SHAH MAJU. Kemana perginya nama Jahan itu? Sama juga spt yg berlaku di kedai NASI LEMAK ANTARABANGSA yg terletak di KG BARU, KL.

Satu hari seorg lelaki yg alim telah dipelawa oleh kawannya utk belanja makan di kedai tersebut. Tiba2 beliau ternampak seekor TOYOL sedang kencing di dalam periuk nasi lemak.

Dia pun menyuruh kawannya cancel order dan menceritakan kenapa sebabya dia tak nak makan di kedai itu. Mungkin tuan punya kedai telah meminta pelaris dari tok bomoh tanpa mengetahui tentang toyol tersebut krn bomoh sememangnya tak kan beritahu. Tambahan pula tuan kedai tidak boleh melihat toyol dengan mata kasar....
Wallahualam. ...
-------------------------------------------------------------------------------------

Masalah 10:
[maybe bukan mapley:)] RESTORAN NASI KUKUS( SPENDER) ZAINI...KAY BEE, KELANTAN....

Dulu RESTORAN yang terletak dekat dengan IPK KAY BEE ni memang famous habis.. semua orang yang pernah makan tau....dek kerana kesedapannya dan terpaksa beratur panjang...

Nak jadi cerita mungkin petunjuk dari ALLAH...Satu hari TANGKI AIR RESTORAN tu tersumbat... Mau xmau owner RESTORAN terpaksa la juga panggil orang baiki....Rupa2nya ada beratus SPENDER pelbagai jenama dan mungkin juga jenama yang selalu kita pakai masa nak pergi main GOLF macam RENOMA, BYFORD, BUM, HUSH PUPPIES, PUMA, BODY GLOVES dll sudah buat tangki air RESTORAN tu tersumbat...Tukang baiki yang prihatin tadi ni dalam diam sudah buat laporan pada MPKB dan KKM....Pasal dia pun selalu makan kat situ.....

Siasat punya siasat lama la juga owner RESTORAN tu naik turun MAHKAMAH...Bayar denda RESTORAN pula terpaksa di KUARANTIN (tutup daa)...Moral dari cerita ni...Punca air yang di gunakan untuk MENGUKUS nasi yang sedap tu....???
-------------------------------------------------------------------------------------

Masalah 11:
Aku tak suka kedai mamak lepas satu kejadian di mana aku nampak tukang masak mamak tu buang hingus dalam sinki kemudian sambung goreng balik mee goreng. Jadi sedaya upaya aku elakkan kedai mamak. Tapi kadang-kadang bila aku nak makan nasik putih malam-malam,kedai mamak aje yang ada.

Dengan harganya yang melampau dan tak munasabah,aku masih cuba mencari kenapa kita suka lepak kedai mamak tak kira lah pagi,petang siang malam.Kalau lepak time pagi2 aku nampak la sebabnya tapi siang-siang pun aku tengok penuh jugak.

Dahlah sekarang ni kedai mamak tu dah tak berapa layak nak dipanggil kedai mamak pun.Dah tak mamak pun. Pelayan pun import khas dari India dan tak paham langsung apa benda yang diorder. Presiden persatuan restoran India Muslim complain kata orang local tak nak kerja dengan diorang sebab tu ambik pekerja luar nak tampung kekurangan.Berapa sangat la gaji nak dibaginya.Baik kerja kat Giant ke.RM750 sebulan.

Aku marah betul bila aku bayar nasik aku hari tu.
Aku ambik nasik putih,ikan sardin seketul dengan pedal ayam 3 ketul.Berapa kena?RM5.40.Aku sound balik "apasal mahal?Sardin je?" Dia bukak nasik aku balik,tengok sekejap,dia bagi diskaun 40 sen.

Celakalah kau kedai mamak yang aku maksudkan walaupun aku tau kau memang orang Islam.Tapi walau kau Islam dan aku pun Islam,dalam perniagaan ada had untung sebelum jadi riba. Ada beza cekik darah dan ikhlas nak berniaga.
-------------------------------------------------------------------------------------

Masalah 12:
Mungkin ramai yang setuju dan mungkin ramai juga yang tak bersetuju dengan cerita ni... Apapun tepuk dada tanya selera...tapi umum pun dah maklum...datang lah 10 orang ke empat puloh orang ke, respect dia boleh ingat apa yang kita order tu...



-------------------------------------------------------------------------------------

Antara Komen2 yang dikumpul:

--- betul apa yg landlord ckp tu sbb kejadian ni sama berlaku kt SABAH DAERAH KUNAK restoran mamak jgk...member aku nampak depan mata dia...selamba je dorg uli tepung guna kaki...siap x alas lagi kaki tu ---

--- dulu aku ade member kerja di kedai mcm ni la. satu hari tu die ternampak la ade sorang pekerja dari negara asalnya ni menggoreng ayam. tibe2 ayam tu jatuh bergolek2 atas jalan raya. dan dia just kutip and longgokkan balik dan bwk gi depan. ---

--- Aku pon dulu ada pengalaman pasal kedai mamak, secara kebetulan pegi toilet belakang kedai mamak, terpandang sorg mamat tamil ni duk uli tepung sampai muke dia yg hitam jadi putih.. Abis semua baju2 dia penuh tepung. Aku ingat dia merenang dlm tepung kot sambil menguli tepung.. ---

--- aku pun pernah dengar myth yang nasi lemak senibong permas johor, yang oramg ramai kata, sambalnya, di letakkan tuala wanita yang telah diguna...
tp setakat dengar cerita lah.. tak nampak bukti.. dan tak pernah terbukti...---

--- Aku ade dengar org bgtau satu kedai yg nampak MACAM MAMAK kat JALAN SEMARAK depan bangunan CELCOM sebelah kedai motor tu sebenarnya bukan mamak tapi hindu atau kristian.  Tak taulah betul ke tak. Aku tengok kedai tu meriah dengan orang melayu je. Tapi kalau dah ragu-ragu baik ELAKKAN, banyak lagi kedai melayu islam kat KL ni. ---

--- hmm.. pengalaman aku pulak, ada satu kedai mamak di jalan ipoh ni.. nama kedai haji sxxxxl.. aku tengok yang buat roti canai tu kuku dia... HITAM! trus kembang tekak aku.. sebelum tu aku tgk ada sekor tikus lari kuar dari dapur dia.. nak sama besar dgn kucing.. punya la sihat.. terus aku tobat tak pegi dah kedai tu.. ada satu lagi kedai di area masjid india pulak nama kedai dia ismail rxxxk.. tapi ada satu hari tu dia kantoi.. aku nampak dia kuar dari kuil dengan dahi ada calit sarjan... tapi yang aku bengang tu napa dia nak letak nama kedai nama ISLAM? nak ambil kesempatan pada kita2 ni semua.. so, hati2 la... ---

--- so aku nak bercerite ckit lah coz aku seorg chef di hotel bertaraf *****.
bila kite cite bab halal n haram ni, hotel yg aku kerje pon byk yg tak betulnya gak.
contohnya kalu nak wat barang western dish mesti pakai wine
so yg tu dah kire haram gak kan. tp korang rase lah kan, kalu aku bg tau cm ni, korang nak ke g lg kalu company korang wat function kat hotel2 besar?
then bile korang tau cm ni, dah sah2 makanan kat hotel pon tak tahu kesahihan halal n haramnya kan. ---

--- nk tambah cket... restoran mamak ni biasanya memberi tugas menguli kat mamak lelaki kan...
masalahnya.... ko tengoklah tgn derang... berbulu... lebat plak tu... then menguli sekali banyak, banyak la peluh yang mengalir.. n jatuh... ke dalam itu besen juga... org2 kiter plak aku tengok sedap jer mkn roti canai tuh... ---

--- ada 1 citer lagi, kawan aku citer sendiri kt aku. ni kejdian yang berlaku sendiri kat dier.
kawan aku, A dan family dier ada bukak kedai kecik jual makanan sebelah kedai mamak nih. masalahnya, cam beser lah kedai mamak maju n of course lah kedai A ni mundur...
nk dijadikan criter, satu hari, dtglah sorang ustax ni dtg ke kedai A. n secara spontan ustaz tu gtau la naper kedai A xmaju, sedangkan kedai mamak sebelah tu dah macam sardin org yang dtg c2.
ruper2 nya mamak tu pakai pelaris. ustaz tu gtau lg: ada 2 ekor makhluk, 1 berbadan besar n 1 lg berbadan sederhana. yang berbadan besar tu menutup kedai si A nih. cuma nmpak bontot jerk. tu yang org lalu lalang, wat dek jerk. cam xnampak kedai si A ni. plak tu, makhluk yang sederhana tuh cam pelesit yang lidah yang panjang n air liur dier menjejeh masuk dalam lauk kari yang seperiuk besar. bertenggek. yang pekerja mamak tu plak sedap jer cedok kuah kari tu, n bg org makan.
Eeeee...... xabes kawan aku citer aku da geli. selekeh weih..... nk laris punyer pasal, mamak ni sanggup bg org mkn bende kotor. ---

--- sori tp nk cite gak. Ade kakak mase keje dlu kate ade kedai mamak letak najis manusia yg mule2 kuar tu.. yucks.
I mmg dh benti mkn kt kedai mamak since kiteorg order milo ais. Mamak tu letak milo kotak dan add up dgn air paip.. Tu mamak kt Tmn U lah tu.. ---

--- tapi bab kedai mamak nie,memang betol la pengotor...
time aku g melaka taun lepaas,lepak satu maple ni,lupa la nama apa,sebab aku bag packing,mamber aku yang bawak..so nak di jadikan cita,tengah makan,nampak la sorang mamak yang wat ayam tanduri tu,dia relax je halau kucing and ketuk2 kucing tu pakai besi panjang kat tangan dia tuh,pastu zassssssssssss..dia cucuk ayam tanduri,masuk dalam tempayan,hehehee.. ---

--- aku g makan kat line clear penang,memang famous la kan,dia juai kat lorong ja..kalau perasan,setiap pkali dia cedok nasi letak dalam pinggan,pastu dia adjust nasik tu pakai tangan dia,apa tujuan aku pn tak tau.
kalau nak cita pasai tikus,memang berlari berkejaran r kat kedai tu..
pastu time aku melahap boleh lak si lipas siap naik atas bahu aku,pastu aku kuis,teplanting,bejoget lak die kat atas meja sebelah,memang friendly tol lipas kat lineclear.. ---

--- pernah member aku cerita mase di makan roti canai kat kedai mamak (seksyen 15, Ameer Ali). kat bangi la. mamak tu die tambah perisa tambahan dalam kuah dal member aku tu. member aku jumpe lipas dalam kuah tu. perghh...memang masyuk la biler makan tu.
-mungkin ayam da abis, die letak la lipas, senang sikit nak kunyah- ---

--- salam... ni pasal kedai mamak lagi ni. tadi pasal roti canai, ni pasal mee goreng pulak. mase tu aku g makan ngan member aku kat kedai mamak kat seksyen..bpe ntah kat bangi (tempat pasar malam b'dekatan dengan shel). member aku tu oder la mee goreng... masing2 tengah lapar...aku pown lapar.
faja'ta (tiba2, suddenly) dalam mee member aku tu ada mata kail besar. mata kail orang bwk g mancing laut 2. melenting la mamat tu. first time aku tengok die marah. sebelum ni penyabar je orangnyer. ---

--- Aku penah keja sambilan kat kedai mamak di Paka, Terengganu selama 2 bulan pada tahun 2007...Selalunya pekerja bule makan ape2 je..free..Aku tgk roti canai, capati diorang laku sgt..cam sedap...but seriously aku hanya makan roti canai diorang sekali je dlm 2bulan tu...tau sbb ape? si mamak tukang tebar roti tu berpeluh2 dgn mendadak sampai peluh2 yg menitis tu tumpah atas roti and kuali roti tu sekali...aku tgk LIVE sbb aku yg tolong isi kuah and roti yg da siap dalam pinggan !! Sejak hari tu, aku da phobia makan roti canai, capati, and ape2 yg dimasak oleh mamak !! Btw, pekerja dia 3 org dari India, rasanya bukan mamak kot,mungkin india tulen,tokey je mamak..pekerja dia 24jam pakai kopiah, tapi ponteng solat jumaat and aku XPENAH nmpk diorang solat..pasai aku lepak , tido kat kedai. ---

--- aku mmg xpnh suka makan kat kedai mamak pasal aku rasa geli...
huhu..tp menguatkan lagi aku xmakan coz ada member aku ngah syok2 minum teh tarik tetiba lipas masuk mulut die..
mengamuk sakan member...tp seyes ngeri.. ---
-------------------------------------------------------------------------------------

Note:

Apa yang aku tulis kat sini tiada kaitan dengan mana2 pihak. Aku just kumpul maklumat untuk kongsi dengan korang semua. Mungkin ada yang betul dan ada yang silap. Aku hanya nak mengingatkan korang semua supaya berhati2 untuk memilih tempat makan yang sesuai.. Tak kan korang nak makan makanan yang ada benda2 mengarut macam tu kan.. hehe..

Tips2:

1. Elakkan makan kat tempat yang jelas kelihatan kotornya.
2. Jangan makan jika anda was2 dengan kedai makan itu.
3. Luangkan masa untuk memerhati persekitaran kedai makan itu terlebih dahulu.
4. Untuk mengelak daripada makan di kedai orang India @ keling, pastikan kedai itu menjual makanan berdaging. Sebab orang India xkan masak daging lembu.
5. Cuba pastikan sumber bekalan air kedai tersebut jika ada.
6. Cuba cari maklumat dari orang persekitaran pasal kedai itu jika rajin.
7. Kadang2 korang kena berjaga2 bila satu2 kedai makan tu menjadi maju (pandai pulak aku buat citer).haha
-------------------------------------------------------------------------------------

Haha.. macam mana korang.. Ok ke??? Ke dah muntah kedarah.. Relax ar bro.. Biasa la tu bisnes kena maju. Betul tak.. Sekarang aku sudah pun kongsi dengan korang antara masalah2 kat kedai mamak ni berserta dengan komen2 yang aku kumpul di blog2 orang lain (mintak share sikit).. Tips2 tu pun aku ambil kat blog2 orang ditambah dengan tips2 aku sendiri.. Aku pun ade tips jugak sebab aku pun ade pengalaman pasal kedai mamak dan kedai makan yang kotor ni...

Asyik duk cerita pasal masalah orang lain jek, padalah aku sendiri pun ade masalah pasal tajuk kita ni.. Ni aku nak citer kat korang semua.. Mula2 nya aku nak bagitaw pasal kedai mamak ni. Kenapa laku sangat kedai diorang ni ek?? Kalu aku bukak kedai, boleh ke laku macam diorang.. Agak susah kan nak maju.. Tapi diorang senang jek maju.. Lepas satu kedai maju, bukak cawangan baru kat kampung seberang pastu maju lagi.. Bagus la diorang punye marketing.. Power giler.. Kalu orang melayu yang macam ni, konfirm tak de dah yang menganggur. Semua orang nak bukak kedai makan kan. Yela, sekejap jek maju, sape tak nak...

Kisah yang aku nak citer pasal kedai mamak ni bukannya pengalaman aku tapi aku tanya pada kawan aku masa aku holiday kat rumah dia hari tu. Masa aku ronda2 kat area rumah dia tu, aku tengok banyak jek kedai mamak. Ramai orang pulak tu.. Jadi aku tanya la kawan aku ni kenapa kedai mamak mesti maju.. Kawan aku ni pun citer la kat aku berdasarkan maklumat yang dia ada. Katanya sesetengah (bukan semua la) kedai mamak ni meletakkan ketum (daun ketum) dalam minuman pelanggan diorang. Jadi pelanggan bila dah minum minuman yang ada ketum ni memang konfirm la ketagih kan. Patut la sedap minuman dia. Kawan aku citer lagi, warna air yang diletakkan daun ketum ni berbeza sikit daripada air sebenar.. Tapi aku tak reti pulak nak bezakan warna ni. Tu jela yang aku taw pasal air kat kedai mamak ni..

Selama aku bercuti kat rumah kawan aku ni, dapat la peluang sekali aku lepak kat kedai mamak. Tu pun sebab dah lewat malam. Kedai mamak jela yang buka time2 macam tu kan.. Masa nak order makanan tu aku teringat la makanan nan cheese yang agak sedap yang aku penah makan kat area aku belajar dulu. Jadi aku order la nan cheese dengan air limau nipis. Bila dah sampai makanan aku tu, aku tanya la kawan aku dalam air aku ni ade ketum ke tak. Kawan aku cakap takde. Lagipun kawan aku cakap lagi kedai ni tak guna ketum ni. So, aku pun minum la tanpa was2.. Tapi nak jadi kan citer, bila air aku dah yakin, tetiba plak makanan yang aku order tu iaitu nan cheese rasa lain macam plak. Rasa pahit semacam jek.. Kawan aku memang tak minat dengan makanan tu. Aku pun makan separuh jek, tu pun paksa diri makan.. Lepas tu aku rasa tak sedap hati, aku pun bayar dan balik.. Malas aku nak melayan makanan yang tak sedap.. Itu la kisah aku dengan kedai mamak ni..

Selain kedai mamak, aku ade jugak kisah2 kedai orang biasa2 ni. Saje jek aku nak kongsi kat sini. Alang2 masalah kedai mamak dah bercampur dengan masalah kedai makan yang kotor kan. Mungkin korang boleh berhati2 selepas ini bila membaca kisah aku ni. hehe..

Kisah aku ni macam ni... Masa tu aku nak balik cuti semester dengan kawan aku dari perak ke kampung halaman aku kat kota bharu la kan.. Kitorang balik dengan kereta.. Dalam perjalanan di atas banjaran titiwangsa ni, kitorang pun saje2 la kan nak stop sambil2 buang air.. Kitorang stop la kat area tepi bukit yang kebanyakkan nya lori2 yang stop kat situ. Tapi ade jugak la 3 atau 4 buah kereta.. Bila kitorang berhenti jek, punye la banyak lalat2 kat area tu.. Nampak sangat area tu kotor..

Aku pun ape lagi cari tandas la.. Kat situ ada 2 tandas dan 1 bilik mandi.. Tapi malangnya aku terpaksa buang air kat dalam bilik mandi sebab kedua2 tandas tu dah overload dengan najis2 ape entah.. Mujur la aku buang air kecil jek.. Kalu nak buang air besar tak ke kesian.. Lepas jek selesai buang masalah kecil tu, aku pun pergi la kat member aku.. Member aku citer kat aku something yang teruk pasal tempat tu.. Rupa2 nya baru aku perasan yang tandas berada di atas bukit dan pam air berada di bawah bukit. Anak sungai sememangnye mengalir dari atas bukit ke bawah bukit.. Jadi air paip yang digunakan kat hentian tu di pam di bawah bukit.. Uwaaa... Kitorang pun ape lagi, blah la.. Watpe nak duduk lame2 kat tempat yang teruk dan kotor macam tu..

Itulah kisah aku pasal kedai yang kotor ni.. Sini aku nak nasihat sikit kat korang semua.. Kalu nak minum air di kedai makan yang korang rasa mustahil untuk diorang mendapatkan sumber bekalan air yang bersih, pandai2 la korang cari air lain.. Contohnya air mineral, air kotak atau air tin kan ade.. Banyak lagi pilihan daripada order air yang pelik warna dan rasa..

Dah panjang lebar rupenya aku citer pasal masalah kedai mamak ni. Korang kena lah berhati2 dalam memilih tempat makan yang halal dan bersih.. Makanan yang korang makan tu akan menjadi darah daging korang.. Jadi, ingat2 la..

Sekian...