06 August 2010

Kenapa aku rasa down giler???

Salam sejahtera...

Ape citer? OK? Kalu Ok bagus la... Aku tumpang gembira jela... 

Tapi yang aku tau sekarang ni aku memang tak OK. Apa yang menyebabkan aku tak OK ni? Aku sendiri pun tak tahu.. Kadang-kadang aku tak faham dengan diri aku ni. Tu yang buat aku bengong tu. Lebih-lebih lagi sekarang ni, entah kenapa aku jadi down giler.. Rasa macam nak makan orang plak. Nasib baik hukumnya haram, kalu tak memang abis la sape-sape yang dekat dengan aku. haha... Takde la aku gurau jek.

Aku rasa la kan sebab aku down giler-giler ni kan kerana apa-apa jek yang aku buat mesti tak kena. Bukan tak kena tu bermaksud apa yang aku buat tu salah ataupun salah pada pandangan orang lain, tapi perasaan aku tu yang buat aku rasa macam salah jek apa yang aku buat. Kenapa perasaan aku tu boleh timbulkan rasa macam ni? Kerana hasil yang aku perolehi tidak mencapai apa yang aku inginkan ataupun setanding dengan kawan-kawan aku yang lain. Aku tau la aku ni tak la secerdik, sepandai atau sebijak diorang tapi kenapa aku susah sangat nak dapat apa yang diorang dapat? Maksud aku bukan pasal harta kekayaan atau paras rupa yang diorang ada. Tapi yang selain daripada ini la..  

Aku sebenarnye tak kisah dan tak suka nak bandingkan antara aku dengan orang selain daripada aku. Sebab aku terima seadaannya dan aku bersyukur di atas nikmat yang aku dapat. Aku pun tau apa yang aku dapat sekarang ni adalah hasil daripada apa yang aku buat sebelum ini. Adanya aku sekarang ini kerana adanya aku sebelum ini. Tapi kadang-kadang tu rasa tidak puas hati (takde la sampai tak nak bersyukur) dan dengki terhadap orang lain tu tetap ada. Manusia macam aku ni memang lemah dalam hal-hal macam ni. Tak dengki macam mana bila aku sorang jek yang tak mencapai apa yang orang di sekeliling aku capai. Memang sah la aku panas.. Sabar & tenang jek yang aku boleh buat..

Macam mana pulak dengan perangai aku? Aku ni baik sangat ke? haha... Jauh sama sekali. Kalu aku baik pun pakai topeng jek nak tunjuk yang aku ni baik. Bese la tu. Antara sikap yang yang ada dalam diri aku yang aku sendiri tak suka tapi sampai sekarang aku tak boleh nak buang adalah sikap rasa bangsa atau riak. Bila aku rasa bangga diri ni? Bila lagi kalu bukan time aku dah buat sesuatu benda lebih sikit dari orang lain. Ha, time-time macam ni la perangai aku yang buruk ni keluar. Dia memang reti nak keluar bila time-time macam ni.. Buat lebih sikit dah rasa bangga diri, padahal orang lain buat banyak lagi kalu dibanding dengan aku ni. Takde pulak diorang nak bising.. Tu yang buat orang lain selalu lebih dari aku. Sebab diorang buat banyak pastu senyap tapi aku buat sikit pun dah bising. 

haha.. entah la.. tension pun tension jugak. tapi aku malas nak tension lame-lame ni. Bazir tenaga aku jek. Lebih baik aku tido lagi best. Pasal aku & masalah ni biar jela masa yang menentukan. Aku pun dah penat rasenye.. Aku terima jela apa yang aku ada ni.. Ramai lagi yang lebih malang dari aku kan. At least aku ni bertuah jugak la sebab dapat apa yang ramai lagi orang yang tak dapat. 

Tu jela aku mengarut pagi-pagi bute ni. Aku blah dulu.. Down aku pun macam dah kurang. Maybe sebab dah penat pikir idea untuk mengarut kat blog aku ni.haha... sekian....

No comments:

Post a Comment