04 August 2010

Tiket Balik Raya Bas Transnasional Sudah Dijual

Hello & salam sejahtera..

Masalah aku pada hari ini adalah berkaitan dengan tiket bas Transnasional untuk aku balik kampung sempena dengan Hari Raya Aidilfitri. Sebenarnye masalah tiket bas ni dah pun settle pada pagi tadi tapi aku ade la nak citer sikit kat sini macam mana aku berjaya membeli tiket nak balik raya ni.

Bile dah nak puasa ni ramai la berebut nak balik raya, maklum la nama dah hari raya kan. Inilah masanya kita semua berpeluang untuk berjumpa dengan sanak saudara yang telah lama berjauhan. Kalu yang balik raya dengan kereta tu bagus la at least satu masalah dah settle. Yang masalah nye sekarang ni pada sesiapa yang nak balik raya dengan bas ekspress ataupun yang paling famous sekali bile tiba time raya ni ialah bas tambahan. Time raya ni la para penjual tiket mungkin akan dapat gaji lebih sebab jualan tiket pasti licin punye (itu pun kalu dapat la). Suka la diorang bile tiba time-time macam ni.

Ni la yang aku nak citer sikit berkenaan dengan kisah aku untuk membeli tiket bas transnasional balik kota bharu. Masa cuti semester hari tu Makcik Sedara aku dah pesan suruh aku beli tiket raya awal-awal mana la taw kot-kot nanti kehabisan stok plak kan. Tapi masa tu aku malas lagi nak fikir pasal masalah tiket ni. Jadi aku buat donno jela kan (baik punye budak).

Bila aku dah start sem baru ni, baru la aku terasa nak pegi beli tiket. Dengan semangat untuk membeli tiket yang tinggi, aku pun start la motor pegi medan gopeng nak beli tiket bas. Sampai jek kat kaunter transnasional, jurujual tu cakap tiket untuk bulan 9 (bulan raya) belum dijual lagi. Lega rasa sekejap. Aku pun tanya la jurujual tu bila tiket bulan 9 tu nak dijual, dia cakap dia tak tau. Aku hanya berminat dengan bas transnasional sebab hanya bas ni jek yang aku boleh naik depan tempat aku study. So, tak payah la aku nak sibuk pegi stesen bas ekpress mana-mana semata-mata untuk naik bas. Lagipun bila aku balik perak semula, bas ni jugak la yang lalu depan kolej aku. Senang la sikit aku turun jek kat depan tu. Motor aku pun aku parking kat pak gat tu jek. Turun bas, start motor, balik hostel pastu tido. Senang...

Dengan perasaan yang kecewa sedikit sebab tiket belum lagi dijual, aku blah dari medan gopeng pegi pusing ipoh dua tiga kali pastu balik hostel. Aku memang dah tau kat tempat aku study ni pun ada menyediakan perkhidmatan bas balik negeri mana-mana pun sempena hari raya aidilfitri ni. Tapi aku tak minat la bila naik bas catar ni. Bukan ape, kalu terpaksa aku booking jugak tiket bas catar ni tapi itu bila aku memang tak ada pilihan lain. Antara sebab-sebab aku tak minat dengan bas catar ini adalah kerana aku lebih suka ikut jadual waktu pergi dan balik aku sendiri. Aku tak suka ikut masa orang lain. Ini memang perangai aku yang paling aku suka. haha.. Masalah lain plak mungkin harga tiket bas catar ni akan mahal sikit walaupun harga tiket bukan menjadi masalah bagi aku asalkan dapat balik raya kat kampung. Dan yang paling aku tak best la bila naik bas catar ni, diorang punya bas tu. Kalu elok dan bertenaga ok la kan. Kalu tak elok dan tak bertenaga, ni yang buat aku bengang. Yela kan kadang-kadang bas catar ni kita tak taw bas die jenis macam mana. Kalu bas ekpress tu memang sah la memang bas elok punye (InsyaALLAH) sebab bas company diorang kan. Kalu terkena plak bas catar ni guna khidmat bas sekolah, memang susah. Bukan ape, kadang-kadang bas sekolah ni lemah apabila digunakan untuk mendaki banjaran titiwangsa. Jeles jek bile tengok banyak bas-bas ekpress lain sempoi jek potong. Masa perjalanan pun akan bertambah la dalam dua tiga jam..

Sambung citer pasal aku kecewa tak dapat beli tiket transnasional tadi. Bila aku kecewa ni, aku pikir la macam mana nak taw bila transnasional nak jual tiket raya ni. Tension betol. Mula-mula aku try la search kt google kan. Mana la taw kot-kot dah ade orang inform bile tiket trans akan dijual. Tengok-tengok semenye datang dari blog-blog lame untuk raya yang lepas. Last sekali ape lagi buka laman web trans la. Aku tengok-tengok kat laman web trans ni cari kot-kot ada inform ape-ape pasal tiket raya. Langsung tak ada ape-ape yang aku jumpe. Lame-lame baru aku perasan trans kan ada jual tiket online. Aku pun try la search tiket balik kota bharu pada tarikh yang aku nak tu. Hasilnya tiada apa-apa maklumat untuk tiket yang aku search. Jadi aku buat kesimpulan memang sah la tiket raya belum jual lagi.

Dengan semangat yang tinggi untuk beli tiket trans ni, tiap-tiap hari aku search tiket yang aku nak tu ada keluar tak kat bahagian tiket online tu. Kadang-kadang tu sampai dua tiga kali. Yela, aku takot terlepas beli tiket raya. Mati la aku kena cari cara lain. Aku ni bukan rajin pun nak pikir-pikir plan lain. Sampai la suatu hari iaitu hari ni dalam sejarah (hehe), aku search jek kat online tiket tu, tetiba keluar jawapan yang buat aku betol-betol gembira. Tiket raya bas transnasional dah dijual. Yahoo!!!... Aku pun ape lagi, bersiap la nak gi medan gopeng beli tiket. Kebetulan pulak rumet aku pun nak beli jugak. So, aku beli la untuk die skali.

Masa aku nak beli tiket kat kaunter transnasional di medan gopeng tu pun ade satu kisah lagi. Jurujual aka akak tu tanya aku nak gi mana kan, so aku cakap la nak tiket lumut ke kota bharu pada tarikh yang nak dekat raya. Tetiba die jawab tiket belum dijual. Pelik betul akak ni, taw ke tak pasal tiket online dah dijual pun. Aku pun cakap la yang aku dah cek kat online tiket dan memang tiket raya dah dijual. Akak tu pun cuba la cek betol-betol.. Entah kenapa akak tu pun terkejut yang tiket dah dijual. Akak tu pun sedar la yang lepas ni dia akan sibuk melayan pembeli-pembeli tiket yang sama macam aku ni. Yang seronoknya die cakap macam ni "bersilat la aku lepas ni".. haha. Tergelak jek aku...

Dengan itu maka berakhir lah kisah aku mendapatkan tiket balik raya. Seronok jugak bila kenangkan kembali.. Tension pun ada.. Tapi Alhamdulillah ada rezeki. InsyaALLAH.. Akhir sekali aku nak berpesan la sikit bersempena dengan nak balik raya ni, hati-hati di jalan raya..:)

No comments:

Post a Comment