04 August 2010

Intro Sket

Hello & salam semua...

Ermm... MaSalah... MaSalah...???

MaSalah ni bukan nye nama orang atau nama awek cun kampung seberang atau nama pakcik makcik aku tapi MaSalah yang aku maksudkan ni adalah sorang member aku yang tak reti-reti nak duk jauh-jauh sikit dengan aku. Dia ni tak abis-abis nak berkepit jek 24 jam dengan aku. Tu pun sebab masa ada 24 jam jek (nasib baik). Mujur la kadang-kadang dia bagi aku can nak duk sorang la kononnye, bile masanya aku sorang-sorang tu? Waktu aku tido la, tido lelap. Dia pun blah la. Tapi bila aku bangun jek, datang balik mamat sekor ni. Menyampah betol.. Memang dia tak leh tengok aku senang langsung. Aku nak halau jauh-jauh pun tak leh jugak. Sebabnye, aku tak mampu nak halau. Apakan daya..:(

Sedih tak kisah aku ni?? Mesti la sedih. Rimas jek hidup.. Haha.. Aku gurau jek tadi. Jangan pulak ada yang terasa. Mana la taw kot-kot ada mamak atau minah yang namanya MaSalah. Aku tumpang kesian la kat diorang tu. MaSalah ni adalah masalah la atau dalam bahasa penjajah menyebutnye "problem".. Sape yang takde masalah kat dunia ni? Aku rasa semua manusia memang konfirm ade masalah punya. Nak buat itu ada masalah, nak buat ini pun ada masalah, habis tu aku nak buat ape? Buat bodoh. haha... Patut la bodoh.. Tapi semua masalah bukan nye tak leh nak selesaikan tapi kena ada cara la. Jangan hentam jek buat keputusan. Pikir dulu baik-baik. Ade otak kan, akal pun ade.. Bak kata Nabil raja lawak "lu pikirla sendiri".

Bagi aku la kan, ha ni aku nak citer sikit. Masalah aku ni banyak (sebab satu jek yang tak banyak), sampai aku jadi bodoh sebab aku buat bodoh malas nak settlekan masalah aku ni. Pening la oii bile dah banyak sangat. Mujurla ade member aku yang baik hati yang tak sanggup melihat teman nye ni lost dalam hidup nya sendiri (aku la yang lost tu), memberanikan diri menasihati aku. Dia menyuruh aku menulis setiap masalah aku tu di atas kertas macam yang dia selalu buat. Pastu pilih masalah mana yang patut diselesaikan terlebih dahulu bergantung pada priority. Bila aku tulis jek, jeng... jeng.. jeng.. baru ku taw rupenye memang sah la banyak giler masalah aku (masalah plak yang giler).

So, dengan tidak mengecewakan kawan aku yang baik hati ini, aku pun try la buat satu-satu benda yang aku rasa nak buat dulu. Bila aku siap jek settlekan satu-satu masalah, rasa macam nak beraya dah padahal puasa pun belum lagi. Yela, mana tak hepinya, benda yang buat aku bengong selama ni dh settle. Mujur sangat. Syukur la kan. Hilang sikit tension aku.. Lepas ni tension balik sebab nak settlekan masalah lain plak. Kadang-kadang bukan senang nak settlekan masalah ni. Lebih-lebih lagi kalu melibatkan orang lain atau pihak ketiga. Malas betol aku.. Memang aku tangguh-tangguh la nak settlekan masalah macam ni... Disebabkan kesedaran aku bahawa kerja bertangguh ni lagi tak baik, aku pun ape lagi, paksa la diri ni. Tak kan nak tunggu orang paksa dulu kot.. Last-last siap jugak seme keje aku. Masalah pun makin kurang. Masalah kurang jek, masalah tak akan habis.

Itu saje lah cerpen pendek yang aku nak kongsi kat blog baru aku ni. Tu pun aku tak respect dapat taip panjang macam ni. Tetiba plak banyak idea... Ok la, next time aku continue dengan citer-citer aku yang penuh dengan masalah. Best ni.. Hehe..

No comments:

Post a Comment