06 August 2010

Jom tolong aku compare laptop...

Salam sejahtera...

Kali ini aku malas nak citer pasal aku tapi aku nak citer sikit tentang masalah girlfriend (aka makwe@awek) aku ni. Oops, jangan ingat aku nak mengumpat pasal die pulak, silap tu.. Masalah gf aku ni bukannye besar pun cuma die mintak tolong dari aku jek. Maybe sebab pengetahuan aku pasal bende ni lebih sikit dari die. hehe.. 

Ape masalah gf aku sampai aku kena tolong ni? Gf aku ni sebenarnya nak suruh aku compare 3 jenis laptop untuk die. Die nak tau macam mana nak membezakan laptop yang laju, yang slow, yang power, yang tak power dan macam-macam jenis perbezaan lagi la yang ada kat laptop tu. Setiap spesifikasi laptop mesti ada kelebihan dan keburukan kan? Kalu tak, tak kan la orang buat laptop ni berbeza-beza. Kalu buat laptop seme sama kan senang, tak yah la nak pikir-pikir. Ape-ape pun, perbezaan yang ada pada setiap laptop ni adalah untuk kita jugak (sebagai pengguna). Kalu tak berbeza, macam mana dengan hak kita sebagai pengguna. Setiap orang ada citarasa yang bermacam-macam.

Aku takde la hebat sangat pasal laptop ni. Pengetahuan aku biasa-biasa jek. Ape yang aku explain kat sini kebanyakkan nye aku cari kat laman web lain. Harap-harap dapat la aku menghasilkan comparison yang bermutu.. :)

Gf aku mintak aku compare kan 3 jenis model laptop daripada brand yang berbeza. Ni ialah model & link laman web malaysia pasal 3 model laptop ni.





1. Acer Aspire 4741G-5452G50 





2. Dell Vostro V1088 (W7Pro T6670)





3. HP Pavilion dm1-2004AU






Kalu nak tengok spesifikasi dengan lebih detail lagi, boleh la pegi ke laman web laptop tu. Aku malas nak letak seme spesifikasi kat sini. Nanti menyemak plak page ni.. Jom aku citer ape yang aku tau untuk compare 3 jenis laptop ni..

1. Processor
Bagi aku processor adalah penting untuk sesebuah laptop. Sebabnya seme aktiviti dalam laptop ni berpusat ni processor ni lah. Jadi, berdasarkan 3 jenis laptop ni iaitu antara Acer, Dell & HP, processor manakah yang paling power. Apa yang kita tau, Acer Aspire 4741G ni menggunakan processor Intel Core i5 2.4GHz, manakala Dell Vostro V1088 menggunakan processor Intel Core 2 Duo 2.23GHz dan HP pula  menggunakan processor AMD Athlon II Neo Dual Core 1.3GHz. Rasanya laptop mana mempunyai processor yang power? Mula-mula aku nak banding kan antara laptop Acer dengan Dell ni kerana menggunakan processor daripada pengeluar yang sama iaitu Intel (HP guna processor AMD). Bagi pandangan aku la, memang sah la processor Acer ni lagi power dari processor Dell sebab ia Intel Core i5 ni processor lebih terkini bila dibandingkan dengan processor Intel Core 2 Duo. Intel core i5 untuk laptop memiliki bilangan core yang sama dengan Intel Core 2 Duo iaitu dua core. Untuk transfer data yang berlaku di dalam laptop ni, Intel Core i5 menggunakan Bus jenis DMI (Direct Media Interface) yang mana lebih laju daripada Bus jenis FSB (Front Side Bus) yang digunakan dalam Intel Core 2 Duo. Banyak lagi bezanya antara Intel Core i5 dan Intel Core 2 Duo. Tapi yang pasti Intel Core i5 memang lebih laju daripada Intel Core 2 Duo. Untuk aku bezakan dengan laptop HP lain pulak kisahnya sebab ia guna processor pengeluaran dari AMD bukannya Intel. Tapi yang aku boleh explain sikit jela pasal berbezaan bila compare dengan laptop HP ni. Yang aku tau, processor AMD Athlon II Dual Core ni memang lebih laju dari Intel Core 2 Duo sebab processor AMD ni lebih terkini dari Intel Core 2 Duo tetapi walau bagaimanapun AMD Athlon II Neo Dual Core ini still lagi slow bile dibandingkan dengan Intel Core i5. Itu jela aku aku boleh bagitau pasal processor AMD Athlon II Neo ni. Aku tak reti sangat bila tiba nak bezakan dengan AMD ni. hehe... Processor AMD sekarang ni aku tak tau pulak still panas macam dulu lagi ke. Kalu dulu-dulu, sape-sape yang nak guna processor AMD, diorang kena menyediakan sistem penyejukan yang baik sebab AMD ni cepat panas. 

2. Graphic Card
Pada aku la kan, perkara nombor 2 penting bila aku nak pilih laptop ialah Graphic card. Penting oi.. Kalu takde graphic card yang power, tak leh main game la korang. Baru padan muka... Bagi sesetengah orang yang hanya menggunakan laptop bagi tujuan buat keje remeh-remeh jek, tak perlu la korang nak pikir sangat pasal graphic card ni sebab sama jek ada ke takde. Dua-dua boleh buat keje. Cuma bila ade graphic card ni, harga jadi naik la sikit. Perbezaan memang ketara bila laptop korang takde graphic card. Kadang-kadang tengok movie pun tak best. Ada jugak sesetengah software tu terutamanya software graphic memang sangat memerlukan adanya graphic card untuk menjalankan software tersebut. Bagi perbandingan antara 3 jenis laptop ni, jom kita tengok laptop mana yang power dari segi graphic. :)... Untuk laptop Acer ni, ia menggunakan graphic card jenis NVIDIA GeForce 310M 512MB DDR3 VRAM (RAM yang ada dalam graphic card) sehingga 3582MB bila berkongsi dengan RAM di sistem laptop.  Laptop Dell pulak menggunakan graphic card jenis ATI Mobility Radeon HD 4330 512MB dan laptop HP menggunakan graphic card ATI Mobility Radeon HD 4225. OK, mula-mula aku bandingkan antara laptop Dell dengan laptop HP sebab ia guna graphic card dari pengeluar yang sama iaitu ATI Mobility Radeon. Jelas terbukti graphic card laptop Dell lagi power daripada graphic card laptop HP kerana nombor pada jenis modelnya lebih besar iaitu bermakna spesifikasi graphic cardnye lebih tinggi. HP tewas lagi, kesian... Bila nak bandingkan dengan graphic card laptop Acer pulak, aku ada jumpa kat satu laman web yang menyatakan bahawa graphic card NVIDIA GeForce 310M adalah setanding dengan graphic card ATI Mobility Radeon HD 4570. Tetapi di sini, graphic card laptop Dell dan HP lebih rendah nombor modelnya dengan ATI Mobility Radeon HD 4570. Dengan ini bermakna graphic card yang paling power ialah NVIDIA GeForce 310M yang dimiliki oleh Acer Aspire ni.. Acer menang lagi.. 

3. Random Access Memory aka RAM
Perbandingan yang seterusnya berdasarkan penggunaan Random Access Memory atau nama famousnye RAM. Actually RAM ini berfungsi sebagai stor sementara untuk menyimpan data-data yang kita guna bermula kita buka laptop sehingga anda tutup laptop itu. Contoh penggunaan RAM ialah apabila anda boleh menggunakan fungsi "undo" dalam melakukan satu-satu perkara. Kalu takde RAM, kita tak mungkin boleh menggunakan fungsi "undo" ni. RAM lah yang menyimpan data sementara yang membolehkan kita "undo". Jadi, semakin power RAM tu, maka semakin banyak la data yang boleh ditampung dalam satu-satu masa... Berdasarkan specifikasi 3 jenis laptop tu, laptop Acer dan HP menggunakan kelajuan RAM yang sama iaitu 2GB DDR3 RAM. Manakala RAM pada laptop Dell yang menggunakan 2GB DDR2 RAM adalah lebih slow berbanding RAM laptop Acer & HP. Sememangnya DDR3 lebih laju dari DD2 berdasarkan teknologi terkini yang digunakan dalam DDR3. Bila berdasarkan kelajuan memory, suatu masa mungkin kelajuan DDR3 dua kali ganda kelajuan DDR2 (DDR2 & DDR3 masing-masing ada kelajuan memory yang berbeza).

4. Hard Disk
Hard Disk digunakan untuk menyimpan data-data & tempat installnye operating sistem (windows atau linux) laptop tu. Semakin besar saiz hard disk, semakin banyak la data yang boleh disimpan. Tetapi ia juga bergantung pada kemampuan laptop itu sendiri... Laptop Acer & HP mempunyai kapasiti hard disk yang sama iaitu 500GB manakala laptop Dell menpunyai kapasiti hard disk sebesar 320GB sahaja. Bagi jenis orang yang suka menyimpan data-data yang banyak seperti movie atau drama bersiri, hard disk yang besar amat berguna. Jika orang itu hanya menggunakan kerja biasa-biasa saja yang tidak menggunakan hard disk laptop sebagai tempat simpanan utama, hard disk yang sederhana atau kecil sudah mencukupi. Tapi kena ingat, jika hard disk laptop anda mengalami kerosakkan, maka hilang lah semua data yang anda simpan di dalam nya. Kan kesian bila jadi macam ni...So, berjaga-jaga lah sebelum terlambat..

5. LCD Display
Setiap jenama laptop mempunyai jenis LCD display yang berbeza bergantung pada teknologi yang diorang gunakan. Biasanya jenis screen ni takde la menjadi keutamaan sangat dalam memilih laptop. Terpulang pada setiap orang untuk memilih screen yang macam mana. Tetapi sekarang ni yang popular adalah penggunaan LCD Display yang ada High Definition aka HD screen. Bagi yang suka menonton movie yang ada HD, memang layan la korang tengok guna LCD HD display ni. Memang berbeza dengan LCD yang takde HD. Gambar HD ni lebih cantik, clear, smooth & sharp.. Laptop Acer & HP masing-masing menggunakan screen LCD high definition tetapi laptop Dell tak tau pulak guna HD ke tak. Aku rasa macam takde HD jek sebab ia guna truelife display. Entah ler, aku pun tak confirm sangat.. Biar jelakan bukan penting pun... Disamping pemilihan jenis LCD yang diguna, saiz LCD juga penting bagi memudahkan anda melihat dengan jelas. Saiz normal adalah antara 13" hingga 15". Ada jugak screen yang lebih kecil dan besar dari itu. Terpulang pada citarasa masing-masing. Korang sendiri la yang pilih.. Klu nak yang besar, screen 17" pun ade.. Klu nak senang pegi sana sini, amik jek saiz 10", kan kecil gitu... Berdasarkan 3 jenis laptop ini, laptop Acer & Dell menggunakan saiz screen yang biasa iaitu 14" manakala laptop HP menggunakan screen yang kecil sedikit iaitu 11".. Korang pilih jela.....

6. Operating System aka OS
Seterusnya pula adalah operating sistem ataupun OS. OS inilah yang buat anda mudah nak buat keje guna laptop. Sekarang ni seme OS dah guna user interface. Kalu dulu-dulu memang leceh, nak bukak My Documents pun kena masukkan kod-kod tertentu. Tapi sekarang lain, user interface inilah yang memudahkan penggunakan laptop. Semakin hari, keje semakin mudah. Nak ape-ape just tekan jek. Settle... Semasa pembelian laptop, terpulang pada anda sama ada nak beli laptop yang dah ade OS ataupun yang belum ada lagi.. Selalunya kalu yang dah ade itu sebab dah termasuk dalam pakej harga laptop itu. Bagi yang nak senang, pilih jek yang dah ade OS, abis citer.. Balik rumah terus boleh guna.. Tak payah nak pening-pening kepala.. Bagi yang nak save budget sikit, diorang akan pilih yang takde OS. Jimat la dalam dua tiga ratus (banyak tuu).. Ala, kalu jenis install OS sendiri ni mesti install yang pirate punye. Biase la tu.. Ada jugak penjual laptop yang menyediakan perkhidmatan install OS pirate dengan percuma asalkan korang beli jek laptop kat situ. OS original atau OS pirate ni berbeza bile time korang nak update jek.. Klu korang guna OS original, rileks jela korang update, just tekan update tunggu kne restart pastu beres.. Bagi yang guna OS pirate ni, hati-hati la bila nak update, kot-kot nanti mana la tau OS korang kene suspended.. Jadi, yang guna pirate tu jangan la korang nak berangan nak update-update. Dah la guna yang pirate, ade hati nak update... Nak free sangat senang jek, korang install OS linux yang free. Nak update bile-bile masa pun boleh.. Tak kan kena suspend punye.. Sekarang ni laptop yang dijual di mana-mana kedai kebanyakkannya menggunakan OS Microsoft Windows 7 (ikut la Home Premium atau Professional). Berdasarkan 3 laptop yang aku bandingkan ni, laptop Acer & HP menggunakan OS Microsoft Windows 7 Home Premium manakala laptop Dell menggunakan OS Microsoft Windows 7 Professional. Sama jek home premium dengan professional ni, just professional ade lebih skit jek dari home premium.. Entah-entah korang pun tak perasan ape yang bezanya..

7. Waranti aka jaminan
Perkara biasa yang disediakan bila anda nak beli laptop ialah waranti. Tak kan la anda nak beli takde waranti kan. Entah-entah beli hari ni esok dah rosak macam mana? Mati la korang nak kena keluarkan duit lagi pegi baiki.. Itu la gunanya waranti.. Nasihat dari aku, kalu laptop korang nak rosak, biar ia rosak time waranti masih ada. Relak jek pegi baiki. Tak payah keluar duit, tunggu siap jek.. Biasanya waranti yang disediakan untuk laptop baru selama setahun. Anda boleh menambah waranti selama 2 tahun lagi untuk menjadikan waranti anda selama 3 tahun.. Bagi yang nak tambah waranti ni la kn, kalu korang rasa laptop korang tu selalu jek buat perangai atau korang rasa laptop korang tu dah tak leh hidup lama, korang tambah la waranti.. Takpe la kuar duit sikit.. Bila rosak korang tak yah la kuar duit dah.. Boleh guna sehingga 3 tahun.. Lame tu..  

8. Lain-lain
Benda-benda lain yang ada pada laptop itu terpulang pada korang nak ke tak.. Kebanyakkan laptop mesti akan ada benda-benda yang penting untuk pengguna.. Benda normal yang kena ada ialah DVD Multi double layer, webcam (senang korang nak buat video cam), USB 2.0 port (paling kurang kena ada 3 port), BlueTooth Wireless, Port LAN, Port Modem, dan speaker. Korang boleh lagi pilih yang ade card reader, fingerprint reader atau macam-macam lagi yang pelik-pelik ada kat laptop tu. Aku pun tak tau sangat pasal benda-benda yang tak penting atau benda yang dah memang ada kat laptop mana-mana pun.. 

Itu jela apa yang aku nak bandingkan tentang 3 jenis laptop Acer, Dell dan HP ni. Kadang-kadang kan, korang kena jugak tahu status sejarah pengeluran laptop berdasarkan jenama tertentu. Mungkin sesetengah jenama menyediakan spesifikasi yang tinggi tetapi kualiti yang rendah dan ade jugak jenama yang memiliki kualiti yang tinggi tetapi harga pulak yang mahal dan spesifikasi yang terlalu rendah. Jadi anda yang menentukan laptop mana yang anda nak pilih.. 

Di sini aku nak mintak maaf kalu ade perkara-perkara yang silap sepanjang penceritaan aku tentang laptop ni.. Ini semua adalah pandangan aku sahaja. Tak ada kaitan dengan sape-sape atau syarikat mane-mane..


Untuk girlfriend aku yang meminta aku membuat perbandingan ini, semoga gf aku mendapat maklumat yang die kehendaki.. Ini sahaja yang mampu aku ceritakan sebab aku ni takde banyak idea sangat nak citer panjang lebar.. Ni pun berpeluh aku perah otak.. hehe.. Gurau jek... ok, sekian....

No comments:

Post a Comment